Cara Menjadikan Berpantang Lebih Mudah dan Menyeronokkan

Bismillah..

Salam Cinta Semua..Hari ni Sya nak share pasal berpantang...Sebut je pantang siapa yang dah nak bersalin tu mesti berdebar bukan apa sebelum proses berpantang tu mestilah kena melalui proses nak bersalin..cerita pasal bersalin memang macam-macam pengalaman yang dilalui..ye lah ibu anak 4 la katakan..keguguran pun pernah masa kali pertama hamil..


Image result for BERPANTANG

Anak pertama memang sukar bagi Sya sebab takde laluan dan tak pandai nak meneran..masa tu siap kena marah dengan misi lagi..sebabnya meneran dekat tekak bukan dekat perut..sudahlah air ketuban pecah awal nak bersalinnya lambat lagi..uiiii lama jugak bertapa kat wad tu..dari 11 malam check in pukul 11.30 pagi baru check out..stress...tapi dari pengalaman pertama tu la Sya bersiap sedia masa nak lahirkan anak kedua..ketiga dan keempat...apa yang penting teknik pernafasan tu penting..oakay Sya tolong listkan apa persedian yang perlu dilakukan sebelum dan semasa nak bersalin:

Sebelum Bersalin:

1. Amalkan perkara2 yang digalakkan dalam Islam seperti banyakkan bertaubat, beristighfar, berdoa, bersolat, berzikir, membaca al-Quran, berbual dengan anak dalam perut, rajin berpuasa sunat, jaga adab dan emosi dengan suami, jaga pemakanan dan sebagainya. Supliment jangan lupa sebab dapat memastikan ibu dan kandungan sama2 sihat.

2. Sebaik2nya 2 bulan  sebelum bersalin dah prepare semua barang baby..siap2 bawak dalam kereta termasuk buku rekod hamil tu..GL pun boleh siapkan dikhuatiri misi mintak masa nak daftar sebab macam Sya dah tak kena sejak anak kedua, kakitangan kerajaan kan ada isi Hrmis..tempat lain tak tau la..

3. Sebulan sebelum bersalin banyakkan berjalan dan mula praktis bernafas dengan betul..tarik nafas ikut hidung dalam2, lepas melalui mulut (feel tu mesti rasa kembung dekat perut)

4. Praktis tarik pergelangan kaki korang sambil angkat badan sikit..yang ni memang korang kena buat sendiri..maksudnya cuba baring atas permukaan yang rata dan kangkang..lepas tu korang tarik pergelangan kaki sambil angkat badan...susah???nak buat acaner nak seribu daya taknak seribu dalih.. separuh hospital misi dia bantu dan mungkin dia tinggikan sikit katil tu tapi pengalaman sya sendiri buat..masa nak pertama Sya terbaring lurus..langsung tak boleh meneran..sya menjerit kat suami suruh tolak badan Sya tapi kita plak kena marah ngan misi suruh buat sendiri..geram masa tu dah lah lemah tak bermaya..tapi jiwa mesti kental nak selamatkan anak..

5. 2 minggu sebelum bersalin boleh start ambil selusuh Shaklee..kalau selusuh lain Sya tak galakkan sebab Sya sendiri tak berapa percaya..takut sakitnya cepat tapi laluan tak buka2..takut wooo...


Semasa Bersalin:

1. Tenangkan diri dan banyakkan beristighfar bila tanda telah mula dijumpai..ada yang pecah air ketuban ada yang keluar secalit darah ada yang takde tanda langsung tapi dah start sakit perutnya..bukan sakit nak berak biasa tau tapi korang tengok jam sekiranya sakit tu makin kerap sah2 la nak bersalin..itu dipanggil konstraksi..cthnya mula2 sakit dalam selang sejam lepas tu makin kerap setiap 30 min lepastu 15 min lepas tu...dah tak lama la tu..masa tu korang layan je sakit tu...bagi yang 1st baby atau hospital jauh jangan la tunggu kat rumah pegila hospital cepat2...

2. Masa dah masuk bilik bersalin korang redha jelah bila kena seluk sana sini kena pasang wayar untuk dengar jantung baby..seriusly Sya tak minat sebab masa sakit suka duduk daripada terbaring...he..he..he..so masa tu bersiap sedia dari segi mental yang korang akan bersalin kan baby ni dengan mudah, korang bayangkan yang kepala dia senang je nak keluar yang penting teknik pernafasan dan meneran tu betul..lepas tu jangan lupa tarik pergelangan kaki dan angkat badan sikit bukan bontot nanti koyak teruk...bontot stay sebab tu ahkak suruh praktis..

3. In Sha Allah yang terakhir korang dah selamat pun melahirkan putera atau puteri yang comel..terus bagikan susu badan..biasanya baby dah semulajadi pandai bezanya ada yang gelojoh dengan tak je..dan bagi ibu pula ada yang dah bersedia dan ada yang tak bersedia beri baby susu..bila minda kita set tak bersedia sebab sakit, tak larat maka tiadalah production terhasil..so bersedialah dari awal yang kita akan menyusukan anak secara ekslusif...In Shaa Allah semuanya jadi mudah..

Selepas Bersalin :

Berpantang dengan betul..zaman moden ni ramai yang suka2 je nak buat atau tak..pantang ni penting tau sebab kesan kalau tak berpantang dengan betul bila kita tua nanti..mula taknak percaya tapi memang berlaku pada bos saya dan beberapa orang yang saya kenali..dia memang jenis tak berpantang bedal semua, bengkung tak pakai makan tak jaga so memang bahaya..(topik ni akan saya kupas dengan lebih lanjut untuk entry seterusnya).

Ni semua berdasarkan pengalaman Sya jer..lain orang lain la pengalamannya..jangan serik tapi jadikan pengajaran bila korang hamil anak yang seterusnya..Doa banyak2 Tuhan kan ada...

Jadi bagi ibu2 moden yang nak berpantang dengan Set Berpantang Moden boleh cuba Shaklee..sebab memang terbukti berkesan dan tiada kesan sampingan bagi ibu mahupun bayi yang baru dilahirkan tu...


Set Pantang Asas

Image result for SET PANTANG SHAKLEE


Set Pantang Premium


Image result for SET PANTANG SHAKLEE


Berminat nak dapatkan khidmat nasihat Sya boleh wa 0172517509 hari ini juga..Sya akan consult from a-z...In Shaa Allah..bagi tips dan free gift adalah semestinya...istimewa hanya untuk customer kesayanganku...

NAK LEBIH MUDAH ANDA BOLEH MEMBUAT PEMBELIAN TERUS DARI SHAKLEE. KLIK SINI



Comments

Popular Posts