Ostematrix : Penawar Sakit Belikat

Assalamualaikum dan Salam Sayang




Untuk entry kali ni Sya nak berkongsi tentang penderitaan yang Sya alami selama 2 tahun lebih iaitu sakit belikat. Mula kena sakit belikat ni masa mengandungkan anak ke 4. Masa kandungan masuk minggu 30 ke atas Sya mula sakit-sakit pada beberapa bahagian seperti di bahagian antara pinggang dengan punggung, ari2, lutut, betis (sebab selalu cramp) dan paling sakit bahagian belikat. Memang bahagian tu membuatkan Sya tak boleh tido lena. Bahu jadi berat kadang tidur tangan tak boleh angkat, macam nak tercabut dan kebas-kebas. 

Mulanya Sya tak terfikir pun nak cuba makan supliment sb masa tu tak berapa percaya. Tapi lepas bacaan HB menurun yang amat sangat Sya terus cari Set Hamil Shaklee. Itupun dah terlalu lambat berikhtiar, lagi 2 minggu nak bersalin terhegeh-hegeh cari supliment. Jangan jadi macam saya ye. Tapi Alhamdulillah lepas Sya dapatkan Set Hamil yang lengkap, masa tu Sya ambil vit c, b complex, omega guard, vita lea, ostematrix, Zinc Complex dan ESP. Lepas seminggu makan bacaan menaik dan lepas 2 minggu bacaan terus menaik menjadi bacaan normal la. Lepas bersalin sambung sahaja dengan set hamil tu sebab banyak lagi.





Memang banyak perubahan yang Sya rasai sepanjang 6 bulan mengamalkan Set Hamil/Pantang Shaklee tapi sayang Sya jenis on off makan dan mudah terpengaruh untuk mencuba produk kecantikkan lain yang lebih glamour daripada Shaklee. He..he..he.. biasalah nak kulit gebu la nak kulit licin la tapi taknak hasil yang lambat. Nak hasil yang cepat baru best. Ha amik kau yang merana diri sendiri lepas tu. 

Makanya disebabkan tidak konsisten makan Shaklee sya tetap sakit belikat, tangan macam nak tercabut dan bahu berat malah bertambah-tambah sakitnya saban hari. Ni tak boleh jadi, akhirnya pada bulan 12 tahun 2016 Sya nekad makan Ostematrix sahaja waktu tu. Sebotol Sya amalkan alhamdulillah tanpa Sya sedari sakit tu hilang. Kebetulan ada sahabat sakit sama seperti Sya dia baru lepas berjumpa Ustaz dan Sya hampir-hampir nak jumpa ustaz tersebut untuk membuang jin yang ada di belikat ni. Kononnya la...Alhamdulillah lepas Sya ada niat nak buat macam tu terus hilang sakit tu dengan kuasa Allah. Kadang kita kena bersyukur sebab Tuhan taknak kita percaya pada yang selain daripada Allah. Benda2 macam tu memang boleh terjadi tapi bukan pada semua orang, hanya yang terpilih sahaja kan...Wallahualam..



Jadi kepada mereka diluar sana yang sakit seperti Sya alami boleh mencuba Ostematrix dan kalau nak kesan yang lebih baik cubalah Set2 yang disediakan. Shaklee memang terbaik...Cuma nasihat Sya dapatkan khidmat konsultan daripada SID yang berpengalaman. Lebih mudah untuk kita berkongsi sekaligus dapat membantu sahabat2 yang dalam kesakitan.

Sebelum tu jom kita tengok apa khasiat Ostematrix ni.

Khasiat Ostematrix

Jadi cukup setakat itu sahaja perkongsian pada hari ini. Bagi yang sedang sakit itu anggaplah itu semua ujian Allah tetapi kita perlulah ikhtiar agar kita dapat sihat dan kembali seperti sedia kala. Ingatlah orang tersayang.

Berminat untuk konsultan, pertanyaan dan tempahan sila hubungi/wsp  : 

Aishah Khairudin
Perunding Kesihatan Shaklee
018.91.800.56

ATAU KLIK LINK DI BAWAH JIKA BAGI PEMBELIAN SECARA ONLINE. LEBIH CEPAT, MUDAH DAN SELAMAT.



COD : Sekitar Rawang, Selayang dan Pengeposan Seluruh Malaysia





Comments

Post a Comment

Popular Posts