Cara Merawat & Mencegah Penyakit Tangan Kaki & Mulut (HFMD)


Apa Itu Penyakit Tangan, Kaki dan Mulut (HFMD)?

Penyakit Tangan, Kaki dan Mulut (HFMD) ini merupakan penyakit yang biasanya menjangkiti kanak-kanak yang berusia 10 tahun dan ke bawah. Lepuhan yang berisi cecair akan tumbuh di tangan kaki dan juga mulut kanak-kanak tersebut.

HFMD ini disebabkan oleh virus dari kumpulan enterovirus. Ianya merebak dari seorang individu kepada individu yang lain sekiranya ada sentuhan secara langsung melalui air liur, najis, air liur mahu pun dari lelehan cecair lepuhan kanak-kanak yang dijangkiti itu. Biasanya, kanak-kanak yang berusia di bawah 5 tahun sering dijangkiti penyakit ini kerana sistem imunisasi mereka yang tidak seperti orang dewasa.

Simptom-Simptom Dan Gejala HFMD

Ada  beberapa simptom yang boleh diperhatikan untuk langkah berjaga-jaga bagi mencegah daripada merebak menjadi lebih kronik.

Antaranya termasuklah:

  • Demam
  • Sakit Kepala
  • Hilang selera makan
  • Ruam dengan lepuhan di kaki, tapak tangan dan kawasan lampin.
  • Ulser menyerang tekak dan mulut


Apa Yang Perlu Ibu Bapa Dilakukan?

  • Sekiranya anak-anak kita mengalami gejala seperti ini, jangan panik. Apa yang perlu dilakukan ialah segera membawanya berjumpa doktor untuk mendapatkan rawatan.
  • Elakkan juga untuk menghantarnya ke sekolah atau nurseri bagi mengelakkan jangkitan merebak kepada kanak-kanak lain pula.
  • Lapkan setiap lelehan dari mulut dan hidung menggunakan kain atau tisu bersih supaya tidak terdedah kepada adik-beradik lain di rumah.
  • Ini dari pengalaman saya, sekiranya anda sedang menyusukan bayi, tukar baju selepas selesai bersama anak yang telah dijangkiti tersebut. Ini bagi mengelak virus tersebut menjangkiti bayi anda pula.


Langkah Pencegahan Untuk Mengelak Dari Dijangkiti HFMD

1. Amalkan Kebersihan Persekitaran Rumah


Cuci permukaan meja, kerusi, alat permainan dan lantai yang berkemungkinan dicemari oleh air lepuhan atau najis pesakit HMFD sebersih-bersihnya.

2. Amalkan Etika Ketika Batuk Atau Bersin


Didik anak-anak untuk menutup mulut apabila batuk atau bersin menggunakan sapu tangan atau tisu. Buangkan tisu telah digunakan ke dalam tong sampah. Cuci tangan dengan sebersihnya selepas itu.

3. Amalkan Kebersihan Diri


Cuci tangan dengan sabun dan air bersih setiap kali sebelum menyediakan makanan dan setiap kali selepas ke tandas, menukar lampin anak dan mencuci najis anak-anak.

Elakkan Perkara-Perkara Berikut :

  • Berkongsi berus gigi, tuala, selimut, gelas, sapu tangan, sudu dan garpu dengan pesakit HFMD.
  • Membawa anak-anak ke pusat membeli belah, pasaraya, kolam renang dan stesen bas serta tempat tumpuan awam.
  • Mencium, memeluk dan membelai pesakit HFMD.
  • Sayangilah Anak Kita. Tingkatkan Imunisasi Mereka.

Bagi ibu bapa yang sibuk berkerja, jangan abaikan kesihatan anak anda. Tingkatkan imunisasi anak anda agar penyakit tersebut dapat di atasi.

Oleh itu, saya mencadangkan agar ibu bapa mengambil Set Kanak-Kanak Shaklee Bagi Meningkatkan Imunisasi mereka melawan penyakit-penyakit yang tak diingini.


1. Meal Shakes – Sumber protein dilengkapi 19 vitamin dan mineral semulajadi. Sumber kalsium yang tinggi serta kaya dengan fiber dan protein. Juga sesuai untuk meningkatkan selera makan anak.


2. Omega Guard – Selain membantu perkembangan sel-sel saraf otak, minyak ikan terbaik dunia ini juga membantu meningkatkan imunisasi dan keupayaan otak kanak-kanak.


3. Vita-Lea® for Children – Dipenuhi dengan khasiat kebaikan, ia disediakan dalam bentuk mudah untuk kanak-kanak menikmatinya. Ia dilengkapi dengan 19 nutrien penting serta menyediakan 100% nilai harian vitamin C. Kini diperkaya dengan vitamin D-600IU bagi setiap hidangan, dengan 150% nilai harian. Turut diperkaya dengan kalsium dan magnesium bagi memberi sokongan menguatkan tulang serta badan yang sihat. Ditambah dengan khasiat buah oren, anggur dan campuran perisa beri, Vita-Lea bagi kanak-kanak pasti menyeronokkan. Hanya dua tablet sehari dan mereka bermain sepuasnya.



4. NutriFeron® – Bertindak meningkatkan interferon semulajadi badan sekaligus menguatkan tindak balas imun badan.Satu-satunya produk yang dipatenkan untuk Shaklee bagi meningkatkan sistem imun. Sila dapatkan nasihat untuk dos yang berpatutan bagi kanak-kanak.


Mulakan pengambilan Set Kanak-kanak Sihat Shaklee hari ini juga. Anak sihat ibu gembira. Berminat untuk dapatkan khidmat rundingan saya anda boleh hubungi saya melalui nombor di bawah:

Aishah Khairudin
Perunding Kesihatan Shaklee
018.91.800.55
Atau bagi pembelian secara online sila klik link di bawah. Ia lebih mudah, pantas dan selamat.


COD : Sekitar Rawang, Selayang dan Pengeposan Seluruh Malaysia

Comments

  1. tterimakasih atas infornya, jangan lupa kunjungi kami
    di http://blackwaletfacialsoap.com/sabun-pemutih-selangkangan/

    ReplyDelete
  2. Terima kasih info. Sangat2 berguna.. Saya ade 3 anak.. Mmg kena alert bab gini.

    ReplyDelete

Post a Comment

Popular Posts