5 Cara Singkat Putihkan Kulit Secara Semulajadi Tanpa Pengelupasan

Kulit Putih dan Mulus Idaman Semua

Kulit yang putih dan mulus sebenarnya memang menjadi idaman semua baik kaum wanita mahupun kaum lelaki. Sebenarnya mereka yang sukakan kulit yang putih dan mulus terdiri dari orang asia. Ya termasuk kita lah tu. Sebab tu banyak lambakan produk yang dihasilkan bertujuan untuk putihkan kulit laku keras apabila dijual. Sehinggakan ramai yang tidak peduli kesan sampingan yang akan mereka perolehi selepas beberapa tempoh menggunakannya.

Jadi untuk entry kali ini saya ingin berkongsi dengan anda 5 cara putihkan kulit secara semulajadi tanpa pengelupasan. Tips yang saya kongsikan ini pernah atau biasa saya lakukan.




1. MINUM AIR MASAK

Minum air masak merupakan perkara asas yang perlu diberikan perhatian dalam penjagaan kesihatan tubuh badan. Pastikan anda mengambil sekurang-kurangnya 2 liter air setiap hari bagi memastikan sistem dalaman anda dapat berfungsi dengan baik. 

Percaya atau tidak kulit anda akan kelihatan lebih putih jika ia diamalkan secara konsistan. Peringatan banyakkan minum air masak bukan air bergula. Makanya selepas ini jangan malas minum air lagi. Bonus tambahan, silap2 anda boleh turunkan berat badan dengan mudah juga. Bestkan....



2. AIR BERAS

Cara ini telah dikongsikan oleh ibu saya sewaktu zaman remaja lagi. Mungkin ini cara orang zaman dulu menjaga wajah mereka. Jadi sewaktu remaja memang ibu saya akan menyuruh kami jangan buang air beras begitu saja. Biasa la masa zaman remaja jerawat kat muka banyak lepas tu gelap sebab asyik sunburn je, jadi cara mudah adalah sambil basuh beras sambil basuh muka dengan air beras tu. Mudah bukan?


3. LIMAU NIPIS

Petua ketiga cara memutihkan kulit adalah dengan menggunakan limau nipis. Petua ini juga pernah saya amalkan semasa zaman anak dara. Mak saya pesan rajin-rajin la mandi air limau ni supaya badan kita berbau wangi dan kulit cantik. Dekat ketiak tu limau yang dah diperah tu tenyeh la supaya ketiak jadi putih.  Caranya mudah saja isi air dalam setengah baldi kemudian perahkan lebih kurang 10-15 biji limau nipis. Selepas itu, jemputlah mandi dengan air tersebut dan nikmatilah hasilnya dengan syarat jangan malas-malas.


 

4. MASKER TIMUN DAN SUSU

Okay cara yang ke empat ni memang lain sikit. Bahannya mudah sahaja iaitu timun dan susu. Susu apa? Ala susu lembu dalam kotak tu jer...kalu takde susu tepung pun boleh jugaklah. Caranya mudah sahaja kisar timun tapis serdaknya. Ambil serdak tersebut dan campurkan dengan susu lembu. Kemudian lumurkan masker tersebut pada muka atau badan anda. Biarkan selama 30 minit dan bilas sehingga bersih. Air timun tu jangan dibuang sebaliknya boleh diminum untuk membersihkan perut anda.



5. TOMATO

Cara ke lima ni memang biasa juga dibuat masa zaman anak dara. Kelakar rasanya, manakan tidak zaman tu zaman kolej mana la ada duit nak pergi spa jadi beli tomato kami pakai beramai-ramai sambil berbaring ala2 kat spa la konon. Caranya mudah je, hiris tomato tebal-tebal sikit kemudian sapu dulu di muka sebelum biarkan hirisan itu di muka anda buat seketika (dalam 30 minit). Kemudian bilas muka anda sehingga bersih. Memang terasa segar dan kulit kelihatan lebih berseri-seri.


Sekian dari saya untuk kali ini. 5 cara dia atas memang sudah banyak di tulis dientry blogger-blogger nusantara akan tetapi 5 cara di atas telah pun saya praktikkan sejak zaman anak dara lagi. Memandangkan sekarang saya sudah berkerja dan berkemampuan maka saya memilih cara yang lebih mudah dan praktikal. 

Anda nak tahu cara putihkan kulit dengan lebih cepat dan berkesan? Klik link ini anda pasti teruja.

Salam Sayang,

Aishah Khairudin
Perunding Kesihatan Shaklee
018.91.800.56

Comments

Popular Posts