Diet Ikut Kategori Darah Anda

Ketahui Kategori Darah Anda Terlebih Dahulu

Mengetahui kategori darah sendiri mempunyai kelebihan. Ini kerana, anda boleh menyesuaikan menu atau pola pemakanan dengan kesesuaian kategori darah. Selain itu, ia dapat membantu anda memelihara kesihatan di samping mengamalkan gaya hidup yang sihat dan bersesuaian.

Jom ketahui ciri - ciri mengikut kategori darah anda.

Darah A

Ciri-ciri Golongan Berdarah A

  • Memiliki sistem pencernaan yang relatif sensitif.
  • Hindari makanan daripada produk tenusu dan daging.
  • Disarankan menjalani diet vegetarian atau mengambil makanan yang mempunyai karbohidrat yang tinggi, tetapi rendah lemak.
  • Mengurangkan stress dengan melakukan meditasi, olahraga serta cukup istirehat.

Darah B

Ciri-ciri Golongan Berdarah B
  • Disarankan melakukan diet dengan pelbagai variasi makanan, tetapi perlu kurangkan pengambilan daging.
  • Olahraga yang sesuai dilakukan adalah renang, tenis, jalan kaki dan meditasi.
  • Untuk mengatasi stress, seeloknya cari kegiatan rutin seperti hobi dan aktiviti yang melibatkan kreativiti.
  • Memiliki sistem pencernaan yang sensitif.
  • Disarankan mengambil makanan dalam jumlah yang sedikit, tetapi kekerapan makan perlu lebih padat (perlu lebih sering makan dalam kuantiti yang kecil).
  • Untuk lebih bertenaga, biasakan berolahraga di waktu pagi.


Darah AB

Ciri-ciri Golongan Berdarah AB
  • Pola makan pemilik darah AB adalah gabungan antara pola makan golongan darah A dan B. Penyakit yang berisiko dijangkiti adalah sinus, infeksi telinga dan gangguan saluran pernafasan.
  • Pengambilan jenis makanan yang dianjurkan adalah hidangan laut, semua jenis telur (kecuali telur itik), susu fermentasi (melalui proses penapaian), minyak zaitun, minyak kacang soya, minyak kacang tanah, semua jenis sayuran kecuali jagung, tauge dan cendawan dan semua jenis buah-buahan kecuali jeruk.
  • Golongan daripada jenis darah ini, harus mengehadkan pengambilan daging lembu, udang dan ikan laut, susu dan semua produk susu serta daging yang diproses. Makanan berasaskan kekacang pula perlu diambil dalam kuantiti sedikit. Kurangkan pengambilan berasaskan gandum seperti roti, kek, kuih-muih dan pasta.
  • Memiliki sistem pencernaan yang sensitif.
  • Disarankan untuk mengambil makanan dalam kuantiti sedikit tetapi kerap.
  • Untuk lebih bertenaga olahraga pada setiap pagi digalakkan.


Darah O

Ciri-ciri Golongan Berdarah O


  • Pemilik darah jenis O lebih banyak mengambil makanan berprotein tinggi, mengikut diet rendah karbohidrat dengan pengambilan ikan atau daging (kecuali daging yang diolah) serta sayur-sayuran yang banyak, telur dan kacang namun menghindari produk susu dan gandum kerana telah mendapat banyak khasiat daripada sumber daging.
  • Sebaiknya pemilik darah jenis ini mengehadkan pengambilan buah-buahan. Hindari semua jenis bijirin, pasta dan nasi. Kurangkan juga pengambilan sayur brokoli, sawi, tauge, terung, cendawan dan kentang.
  • Hindari jeruk kerana ia mampu mendatangkan keracunan usus kepada golongan darah jenis ini.
  • Memiliki sistem imunisasi tubuh yang lebih tinggi berbanding golongan darah jenis lain.
  • Mudah mengadaptasi pelbagai makanan.
  • Untuk mengatasi tekanan, disarankan melakukan aerobik.
  • Dianjurkan untuk mengambil makanan berprotein tinggi dan rendah karbohidrat, seperti daging, buah-buahan, ikan, sayuran.
  • Berisiko terkena radang dan kerosakan organ seperti artritis jika makanan yang diambil tidak bersesuaian.

Dengan info di atas Kak Sha harap anda dapat menjalankan diet anda dengan lancar. Kak Sha percaya pemilihan makanan mengikut jenis darah mampu memberikan kesan yang positif pada diet anda.

Anda memang benar-benar perlukan bantuan untuk kuruskan badan? klik link ini 5 Sebab Kenapa Anda Perlu Kuruskan Badan Dengan Cepat dan Selamat.

Nukilan Ikhlas ;

Aishah Khairudin
Perunding Kesihatan Shaklee
018.91.800.56


Comments

Popular Posts